Program Penerangan Asas Ilmu Falak dan Majlis Rukyah Hilal Cerapan Ramadhan 1444H/2023M

KUALA PERLIS, 22 Mac 2023 (Rabu) – Kolej Pengajian Alam Bina telah menerima jemputan ke Program Penerangan Asas Ilmu Falak dan Majlis Rukyah Hilal Cerapan Ramadhan 1444H/2023M di Menara pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Yang Berusaha Sr Dr Rohayu Haron Narashid (Ketua Pusat Pengajian), wakil pensyarah dan para pelajar, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis turut hadir bersama-sama menjayakan program ini pada petang tadi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Program Cerapan Hilal Ramadhan 1444H/2023M.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM)
Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Kerajaan Negeri Perlis. Selain itu, sesi penerangan Asas Ilmu Falak telah disampaikan oleh Sr Norshahrizan Bin Mohd Hashim, Pensyarah Kanan, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis. Program juga diserikan dengan taklimat mengenai Data Rukyah Hilal oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Negeri Perlis dan Gimik Perasmian Buku Terbaru keluaran Jabatan Mufti Perlis Tahun 2023.

Setelah pengesahan Rukyah Hilal 1444H, baginda berkenan untuk berangkat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama para pemimpin negeri serta orang ramai di Masjid Terapung Al Hussain Kuala Perlis.

Pihak Kolej Pengajian Alam Bina mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadat Puasa di bulan Ramadan 1444H.