PROGRAM LATIHAN PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN “APB TEAM EFFECTIVENESS TRAINING PROGRAM 2023”

CHERATING, 4 September 2023 – Akademi Pengajian Bahasa (APB) Cawangan Pahang telah berjaya menganjurkan satu program pengukuhan kerja berpasukan yang berlangsung di Royale Chulan Cherating, Kuantan Pahang selama 2 hari bermula 4 September. Program ini telah dihadiri oleh 39 orang pensyarah dari APB Kampus Jengka dan Raub bertujuan untuk meningkatkan mutu kerja berpasukan, komunikasi, kebolehan menyelesaikan masalah selain turut menyasarkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan staf akademik yang terlibat.

Encik Mohd Ikhsan Md Raus dari Pusat Pengajian Sains Pengkomputeran UiTM Pahang Kampus Jengka telah dijemput untuk mengendalikan slot “Ice-Breaking” dan juga beberapa slot pengukuhan kerja berpasukan yang lain. Slot-slot ini diadakan bertujuan bagi memberikan pemahaman yang lebih baik tentang peranan individu dalam pasukan, seterusnya membuka peluang dan ruang kepada warga APB untuk memaksimumkan kebolehan mereka bagi mencapai prestasi kerja yang lebih berimpak tinggi. Program ini telah diakhiri dengan persembahan kreatif berkonsepkan bakat para pensyarah sebelum tamat pada hari kedua.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Khairunisa Nikman sebagai pengarah program serta ahli jawatankuasa yang telah bekerja keras untuk merealisasikan program ini. Dengan berakhirnya program ini, APB Cawangan Pahang berhasil dalam mengatur gerak kerja yang lebih tersusun serta mewujudkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan dan membentuk ukhwah antara satu sama lain.