PROGRAM KEM KEPIMPINAN ALTRUISTIK : i-LEAD KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN BERSAMA MAHASISWA UiTM CAWANGAN PAHANG.

MARAN, 24 Julai 2023 – Pada 7hb hingga 9hb Julai 2023 telah diadakan Program Kem Kepimpinan Altruistik i-LEAD Kementerian Belia dan Sukan bersama mahasiswa UiTM Cawangan Pahang.

Program ini diadakan di Kem Wawasan Negara Maran melibatkan 34 orang mahasiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dan 3 orang Pegawai Pengiring.

Para peserta yang terlibat adalah daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP) , Jawatankuasa Perwakilan Kolej Mat Kilau , Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kompleks Tok Gajah , Dewan Eksekutif Mahasiswa dan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS).

Objektif Program ini adalah untuk menjadikan peserta mahasiswa mempunyai sifat Kepimpinan Altruistik atau Kesukarelawanan dan bersedia bila-bila masa jika diperlukan dalam usaha membantu masyarakat.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan seperti kerjasama berkumpulan, merentasi hutan, hidup survival, asas pertolongan cemas dan asas turun bangunan .

Aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) juga dilakukan di Pantai Sepat Kuantan di mana para peserta secara berkumpulan membersihkan pantai ini.

Para Pengiring Bahagian Hal Ehwal Pelajar ( BHEP) yang terlibat adalah :
1. En Mohd Risham bin Jaafar , Felo Institut Pemikiran dan Kepimpinan Pelajar IMPAK
2. En MOHD FAIZAL AZRUL AZWAN MUHAMAD@CHE HARUN , Ketua Unit Kepimpinan Pelajar
3. En Mohd Hanifah bin Hashim, Penolong Pendaftar Kanan
4. En Amar bin Sharuddin, Pegawai Eksekutif

Pihak BHEP mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs En Saiful Adri Wizi , Ketua Kem Wawasan Negara Maran atas jemputan dan kerjasama ini.

Terima kasih juga kepada semua kakitangan Kem Wawasan Negara Maran yang menjadi Fasilitator dan berkongsi ilmu alturistik kepada para peserta mahasiswa UiTM Cawangan Pahang.

Program ini mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Sustainable Development Goals (SDG) :
1. Matlamat 3: Memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur
2. Matlamat 4: Memastikan pendidikan berkualiti, menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua
3. Matlamat 15: Melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan mampan ekosistem daratan, menguruskan hutan, mencegah penggurunan, menghentikan dan memulihkan kemerosotan tanah dan menghentikan kerugian biodiversiti secara mampan