PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM UITM CAWANGAN PAHANG MENGADAKAN PROGRAM BERSAMA PROFESOR ADJUNG: PROFESOR DR. ROSLAN ZAINAL ABIDIN

Program Bersama Profesor Adjung iaitu Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin telah diadakan pada 20 Julai 2023 yang lalu melibatkan semua staf akademik Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya secara atas talian melalui platform Webex.

Program ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu:
1. untuk memperkenalkan Profesor Adjung yang dilantik buat pertama kalinya iaitu Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin kepada semua staf akademik Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang.
2. untuk mengadakan satu perkongsian berkenaan Kertas Kerja Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Ramalan Bencana Wilayah Timur Semenanjung Malaysia’ oleh Profesor Adjung Dr. Roslan Zainal Abidin.

Inisiatif ini diterajui oleh YBrs Ts. Hj. Ahmad Amzari Bin Hj. Yaccob selaku Pengarah Program dan YBrs Ts. Zulhafizal Bin Othman selaku Penasihat Program. Laporan ini telah dikongsikan kepada En. Mohd Risham Bin Jaafar selaku JK Korporat PKA.