MUHAMMADF ABAL HAKIM BERBANGGA MEWAKILI MALAYSIA DI KEJOHANAN DUNIA

Impian Muhammad Abal Hakim bin Abal Mukam, pelajar Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak untuk menyertai Certiport’s Adobe Certified Professional World Championship 2023, yang bakal berlangsung Orlando, Amerika Syarikat pada 28 Julai hingga 3 Ogos 2023 terlaksana. Ia berikutan beliau mendapat tajaan daripada daripada Kerajaan Negeri Sabah bernilai RM20,000 yang disampaikan melalui Yang Berhormat Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang juga ADUN N.27 Lumadan dalam satu majlis ringkas yang dibuat secara dalam talian bersama penaja barau-baru ini. Muhd Abal yang berasal dari Kampung Gadong, Beaufort, Sabah diumumkan sebagai pemenang di tempat ke-2 dan People’s Choice Award dalam pertandingan CCC’s Adobe Certified Professional Malaysia National Championship 2023 di CCEC yang berlangsung Kuala Lumpur pada 1 Jun lepas. Oleh yang demikian, beliau layak bertanding mewakili Malaysia ke pertandingan berkenaan bersama-sama pemenang lain.

Pusingan akhir kejohanan dunia di Orlando nanti akan mengumpulkan semua Juara Serantau untuk bersaing dalam cabaran reka bentuk akhir. Pelajar akan menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Adobe InDesign (atau gabungan ketiga-tiga pilihan mereka) untuk menyelesaikan cabaran reka bentuk pertandingan.

Muhd Abal yang merupakan pelajar semester dua, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Pelajar ini telah mendapat insentif dari pihak kerajaan negeri Sabah dan Universiti Teknologi MARA akan berangkat dari Kuala Lumpur (KLIA1) pada Khamis, 27 Julai 2023 dan akan dijangka kembali ke tanah air pada Jumaat, 4 Ogos 2023.

Seluruh rakyat Malaysia dan warga UiTM akan mendoakan semoga Muhd Abal memperolehi kejayaan dan sewajarnya dicontohi oleh pelajar-pelajar lain.