Program Karnival Usahawan Desa (KUD) anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah beri peluang terokai peluang pernigaan tempatan.

Program Karnival Usahawan Desa (KUD) yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Kota Samarahan yang berlangsung selama 3 hari, bermula dari 2 Februari (Jumaat) hingga 4 Februari (Ahad) telah memberi kesempatan kepada para pelajar dan pensyarah UiTM Sarawak untuk hadir menerokai peluang pernigaan serta maklumat berkenaan dengan bidang pernigaan. Program ini telah menampilkan hampir seramai 200 orang usahawan yang mengendalikan pelbagai produk dan perkhidmatan di bawah agensi kementerian, membuka booth untuk pameran.

Program KUD bukan hanya satu acara pameran biasa, tetapi ia juga menjadi salah satu strategi kementerian untuk membantu dalam pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar. Program KUD ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wan, turut menyertai program ini dan dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa Mini KUD ini bertujuan memberikan bimbingan dan khidmat nasihat kepada usahawan desa, dengan matlamat meningkatkan produktiviti mereka.

Keberhasilan program ini adalah hasil daripada sokongan dan bantuan yang diberikan oleh pihak kementerian kepada usahawan, terutamanya dalam aspek kewangan. Program ini memberi peluang kepada para usahawan yang menyertai program untuk berkongsi maklumat dan pengalaman kepada para pelajar UiTM yang turut hadir serta memberikan idea dan ilham mengenai dunia perniagaan. Pelajar juga diberi pemdedahan berkenaaan dengan pihak kementerian serat agensi yang memainkan peranan besar dalam menyediakan bantuan dan sokongan kepada usahawan, membantu usahawan dalam membangunkan perniagaan di peringkat desa.

Pelajar UiTM Sarawak yang hadir turut mendapat manfaat dengan terlibat dalam program ini. Mereka tidak hanya diberikan pendedahan kepada sistem perniagaan yang lebih baik, tetapi juga diberikan peluang untuk bertemu dan menemuramah usahawan yang berjaya. Program ini membantu para pelajar mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam mata pelajaran seperti kod ENT (Entrepreneurship) ke dalam konteks dunia perniagaan sebenar.

Selain itu, para pelajar juga berkesempatan untuk bertanya soalan kepada usahawan yang berpengalaman, merangkumi topik seperti permulaan perniagaan, cara memohon bantuan kewangan, pihak berkuasa yang perlu dirujuk, cabaran perniagaan, dan strategi untuk mengatasi cabaran tersebut. Ini memberikan satu perspektif yang lebih praktikal dan realistik kepada para pelajar mengenai dunia perniagaan.

Program Karnival Usahawan Desa ini memberikan peluang kepada para pelajar UiTM Sarawak untuk memahami lebih mendalam tentang cabaran dan peluang dalam arena perniagaan, serta memperluaskan pengetahuan mereka melalui interaksi langsung dengan usahawan yang berjaya. Diharapkan pengalaman ini dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk turut serta dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya di kawasan luar bandar.