Program Jualan Nanas MD2 ‘Jengka Pine’ UiTM Cawangan Pahang

Program penjualan Nanas MD2 UiTM Cawangan Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 4 dan 5 September baru-baru ini.Sambutan yg diterima daripada warga kampus dan penduduk setempat sekitar Jengka sangat menggalakkan.Jualan yg bermula seawal jam 10 pagi berakhir jam 2.30 petang dengan hasil yang dikeluarkan habis terjual. Antara bentuk jualan ialah nanas biji, nanas siap dipotong dan jus nanas. Nanas varian MD2 hasil tanaman Unit Pengurusan Ladang ini diberi julukan nama Jengka Pine, mendapat sambutan hangat kerana rasanya yang manis dan buahnya yang besar.

Aktiviti jualan ini diuruskan oleh Staf Unit Pengurusan Ladang dan Pensyarah Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM Cawangan Pahang serta turut dibantu pelajar FPA yg sedang menjalani latihan praktikal di Unit Pengurusan Ladang.

Terima kasih kepada semua yg terlibat membantu dan menyokong program jualan ini terutama Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Ts. Dr. Mohd Ilham Adenan & Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Pahang. Juga terima kasih kepada KPP Fakulti Perladangan & Agroteknologi, Pn. Fazidah Rosli & Pengurus Ladang Kanan, Encik Khairulbakri Mat Junos atas sumbangan tenaga dan masa dlm menjayakan program ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua yg telah membeli dan mendapatkan Nanas MD2 UiTM Cawangan Pahang @ JENGKAPINE sepanjang program jualan berlangsung. Program jualan ini akan berterusan sehingga ke bulan Oktober yang mana terdapat beberapa plot tanaman nanas yang bermasih menunggu masa untuk dituai.