PROGRAM JERAYAWARA SKIM DANA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)

IPOH, 26 Julai 2023 –Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) dengan Kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah Mengadakan Program Jerayawara Skim Dana Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Program ini diadakan bertujuan untuk pihak MOSTI memberikan taklimat secara mendalam berkenaan 4 jenis geran yang ditawarkan kepada pemohon-pemohon di samping sesi soal jawab bagi memberikan pencerahan pada setiap persoalan yang timbul.

Melalui program ini, pihak MOSTI membentangkan tentang 4 geran utama yang ditawarkan dan boleh dipohon sepanjang tahun 2023. Geran yang pertama adalah Dana Applied Innovation (AIF) yang dibuka untuk individu termasuk golongan belia, ibu tunggal, OKU dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM50,000.00 untuk tempoh 12 sehingga 18 bulan. Selain itu, ditawarkan juga geran permulaan atau lebih dikenali geran start-up yang berjumlah RM500,000.00 untuk PKS, persatuan koperasi, NGO yang berdaftar juga pemilikan tunggal serta liabiliti terhad.

Geran kedua yang ditawarkan oleh pihak MOSTI adalah Geran Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1) yang berjumlah RM 1,000,000.00. Geran start-up ini adalah paling sesuai untuk PKS, IPT dan GRI termasuk bukan warganegara. Geran yang ketiga adalah Geran Pembangunan Teknologi 2 (TeD2) yang diberi tempoh 36 bulan berjumlah RM 3,000,000.00. Manakala, Dana Bridging (BGF) yang berjumlah RM 4,000,000.00 juga ditawarkan untuk PKS, IPT dan GRI termasuk bukan warganegara bagi penyelidikan bersama penghasilan produk yang bakal dikomersialkan. Manakala, Dana Penyelidikan Strategik melalui Agensi pelaksana dan Pemantau (SRF-APP) yang berjumlah RM 15,000,000.00 adalah geran yang lebih fokus dan berimpak tinggi bagi penghasilan prototype melalui kajian secara saintifik, terperinci bersama kumpulan pemantau yang terdiri daripada pakar-pakar yang terlibat dalam kajian ini daripada seluruh Malaysia.

Terdapat 80 peserta yang hadir terdiri dari pelbagai jabatan seperti Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Jabatan Mineral dan Geosains, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Politeknik Ungku Omar, persatuan-persatuan ibu tunggal sekitar Ipoh, dan beberapa syarikat swasta pemilikan individu telah hadir bagi mendengarkan taklimat ini .

Taklimat yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari ini disampaikan oleh dua orang wakil Pegawai MOSTI dari Bahagian Dana MOSTI yang memberikan taklimat geran adalah Ketua Penolong Setiausaha Puan Nadiah Fatin Binti Mohd Ikhsan dan Penolong Setiausaha Kanan Encik Mohamad Khairol bin Khalid.

Sesi taklimat secara maya dan pencerahan tentang butiran geran yang ditawarkan daripada pihak MOSTI akan turut diadakan kepada warga UiTM khususnya dalam masa yang terdekat bagi menyokong matlamat penyelidikan negara secara menyeluruh.

Tiga orang pensyarah kanan daripada Fakulti Sains Gunaan UiTM Cawangan Perak, Kampus Tapah iaitu Dr. Nurul Ilham Adam, Dr. Nurul Izza Taib dan Dr. Rafael Julius telah dilantik sebagai wakil UiTM Perak untuk menghadiri pertemuan ini.