Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan telah mengadakan satu program khas sempena meraikan Syawal 2022. Kali ini, Unit Kebudayaan yang diketuai oleh En. Noradzely Amat Darmawi bersama Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) telah bekerjasama menjalankan aktiviti ini bersama Staf Residen Kolej (SRK) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK).
Program Istimewa “Rindunya Raya” ini diadakan pada 25 Mei 2022 bertempat di kafeteria kolej Mabul. Antara pengisian yang diadakan adalah persembahan nyanyian, busking raya, tarian, trivia raya dan sebagainya. Adalah lebih penting ianya telah membuka ruang kepada pelajar dalam memahami pengaturan persiapan sesebuah acara sebelum dan selepas dijalankan. Antaranya adalah perancangan, persiapan, pelaksanaan dan pelaporan.
Antara objektif utama program ini adalah melatih pelajar di dalam bidang pengurusan majlis, pengurusan teknikal dan persembahan serta mengeratkan lagi hubungan sesama ahli jawatankuasa yang berbeza. Kerjasama ini diharapkan dapat membentuk kesefahaman di antara pelajar dalam menjayakan aktiviti yang memberikan manfaat kepada UiTM. Dengan aktiviti ini juga, ianya diharapkan menarik minat pelajar lain untuk bergiat aktif di dalam aktiviti kampus.
Program ini merupakan salah satu strategik Unit Kebudayaan untuk menarik minat para pelajar dalam menonjolkan diri dalam berkongsi bakat dan kebolehan terutamanya dalam bidang kesenian. Ianyanya juga diharapkan dapat membangkitkan keyakinan diri pelajar itu sendiri.
#HEPpiness #HEPtalent #HEPUiTMSabah #UnitkebudayaanUiTMSabah #Jawatankuasakesenianpelajar #MaSes