Program Infaq Ramadhan 1444H dan Tautan Kasih Syawal

SEREMBAN, 5 – 6 Mei 2023 – Program Infaq Ramadhan 1444H dan Tautan Kasih Syawal anjuran Persatuan-persatuan pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3 dengan kerjasama Unit Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni telah berlangsung dengan jayanya pada 5 dan 6 Mei 2023.

Seramai 35 orang ahli jawatan kuasa dan sukarelawan yang terdiri daripada Persatuan Pelajar Pentadbiran Korporat (CASS), Persatuan Pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran (BacAS), Persatuan Pelajar Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar, alumni dan juga pensyarah UiTM telah menyertai program tersebut. Sumbangan pek raya telah diberikan kepada 10 pusat jagaan warga emas dan 10 pusat jagaan anak yatim sekitar Seremban.

Diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan demi menjamin hubungan erat silaturahim antara pelajar, alumni dan kakitangan UiTM. Pihak UiTM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan sumbangan dalam menjayakan program ini.

#tautankasihsyawal
#icanuitm
#fsppp
#uitm