Program ‘Great Green Adventure’ (GGA) Membuka Minda Para Pelajar SMK Jeram ke arah Pencapaian Sustainability Development

KUALA SELANGOR, 27 Jun 2023 – Pada 15 Jun 2023 bersamaan hari Khamis, seramai 56 orang pelajar semester 6 daripada Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam yang dipimpin oleh Ahmad Nazri bin Mazni selaku pengarah program, atas bimbingan daripada Penasihat Program iaitu Dr Siti Shawalliah binti Idris, Ir. Normadyzah binti Ahmad, serta Puan Asdarina binti Yahya sebagai pensyarah pengiring, telah berjaya menganjurkan program ‘Great Green Adventure’ di SMK Jeram, Kuala Selangor.

Program ini merupakan anjuran bersama dengan pihak SMK Jeram sendiri selaku tuan rumah program ini. Projek GGA ini turut mendapat tajaan daripada Syarikat McDonald Malaysia iaitu dengan menaja sarapan, burger dan air sebanyak 200 paket.

Malah, projek ini turut berkolaborasi dengan syarikat KDEB Waste Management sebagai penceramah jemputan dan syarikat NKH Bio Solution sebagai medium untuk para kakitangan sekolah menjual minyak yang terpakai di samping memperkenalkan kewujudan dan fungsi syarikat ini kepada para pelajar dan guru-guru di SMK Jeram khususnya.

Program ini dilaksanakan bersempena dengan tugasan projek yang wajib dilaksanakan oleh para pelajar semester 6 dalam kursus Leadership and Professional Ethics for Engineers iaitu untuk mendedahkan para pelajar dengan komuniti luar selaras dengan objektif Service-Learning Malaysia-Universiti For Society (SULAM). Program ini mensasarkan seramai 143 pelajar daripada SMK Jeram yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil aliran sains tulen dan pertanian dengan bantuan pihak sekolah. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan kepada para peserta berkenaan konsep kitar semula barangan terpakai ke arah mencapai kelestarian alam.

 
Program yang berlangsung selama satu hari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.40 petang bermula dengan sesi ucapan daripada pengetua SMK Jeram, Puan Zabidah binti Ismail seterusnya sebagai perasmi program GGA ini. Turut hadir pada hari kejadian iaitu Puan Noor Raihan binti Mukhtaram, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jeram, Puan Norhayati Binti Md Dzinan @ Md Zainon, GKMP Sains & Matematik dan Encik Mohd Hadi Salihin bin Mohamed Azmi, tenaga pengajar SMK Jeram juga selaku penyelaras bersama program ini.

Setelah itu, aktiviti pada hari kejadian diisi dengan sesi perkongsian daripada pelajar UiTM berkenaan peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia seterusnya disambung dengan Sustainability Talk yang bertajuk Solid Waste Management and Recycling Practices daripada Encik Abdul Hadi bin Mohd Subki selaku eksekutif penyampaian projek. Seramai 6 orang wakil daripada KDEB Waste Management yang turut hadir pada hari kejadian.

Seusai sesi ceramah selesai, para peserta bergerak ke booth-booth yang telah disediakan oleh para pelajar UiTM. Sebanyak 11 booth yang disediakan bertemakan kelestarian alam iaitu booth Seedball, Zero Food Waste, Oil Waste Collection, Recycled Treasure, EM Mudball, Planter Biopot, The Ecobrick, Waste Water Filtration System, Rainwater Harvesting System, dan pameran untuk pertandingan ‘Upcycling Competition’. Pada setiap booth, para peserta dapat mencuba sendiri pelbagai aktiviti yang disediakan selain daripada mendapat ilmu berkenaan konsep kitar semula.

“Apa saya dapat pada hari ini adalah, saya dapat belajar benda baru seperti menghasilkan baja kimia yang diperbuat daripada kulit pisang, dan merawat air menggunakan mikroogranisma. Selain itu saya juga dapat belajar cara-cara dan mencuba sendiri untuk membuat sabun dengan menggunakan minyak masak”, kata salah seorang pelajar SMK Jeram.

Program ini selesai pada pukul 1.40 petang dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ‘Upcycling Competition’ dan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah dan pihak kolaborasi oleh penolong kanan kokurikulum, Puan Noor Raihan binti Mukhtaram.

Jawatankuasa UiTM Shah Alam:

Penganjur : Pelajar semester 6, Pengajian Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam. Gabungan kelas EH2206D, EH2206E dan EH2206H
Penasihat Program : Dr Siti Shawalliah binti Idris dan Ir. Normadyzah binti Ahmad
Pensyarah pengiring : Puan Asdarina binti Yahya
Pengarah Program : Ahmad Nazri bin Mazni
Timbalan Pengarah : Nor Maisurah binti Hasbullah
Setiausaha : Farra Nadiah binti Badrulhisam dan Tuan Intan Suraya binti Tuan Rosdi
Bendahari : Abel Xavier Kok dan Muhammad Zahiruddin bin Sapuan
Ketua Biro Protokol : Sofea Soleha binti Halim
Ketua Biro Multimedia : Nur Syahfikah binti Abdullah
Ketua Biro Perhubungan : Tengku Haikal Fiqri bin Tengku Asmadi
Ketua Biro Program : Nurul Ain binti Yazid
Ketua Biro Pengangkutan : Emil Mohd Arsat Hassan
Ketua Biro Cenderahati : Nusaibah Binti Nor Laily
Ketua Biro Makanan : Fatin Najihah binti Anuar
Ketua Biro Tugas Khas : Muhammad Ayman bin Mohd Asri

Jawatankuasa SMK Jeram;

Pengerusi : Pn. Siti Zabidah Bt Ismail (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Noor Raihan Binti Mukhtaram (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I : Pn. Esah Binti Bujang (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Rahman Bin Yahya (PK Hal Ehwal Murid)
Timbalan Pengerusi I : Pn. Norhayati Binti Md Dzinan @ Md Zainon (GKMP Sains & Matematik)
Timbalan Pengerusi II : En. Mohd Hussin Bin Yahya (GKMP Kemanusiaan)
Penyelaras : En. Mohd Hadi Sallihin Bin Mohamed Azmi
Setiausaha : Pn. Mirza Zuliani Binti Kamarruddin
Bendahari : Pn. Noressmanizza Binti Mustapha