11 Januari 2023: Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Program Bual Bicara Antarabangsa yang bertempat di Dewan Kuliah 6 (LT6) Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis pagi tadi. Program Bual Bicara ini disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dr. Chalermchon Satirapod, Pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Ukur, Universiti Chulalongkorn, Thailand bersempena Lawatan Akademik Beliau selaku Pemeriksa Luar bagi Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Cawangan Perlis selama dua hari bermula 10 dan 11 Januari 2023.
Turut serta dalam Program Bual Bicara Antarabangsa ini ialah Timbalan Rektor PJI, Ts Gs Dr Ernieza Suhana Mokhtar, Prof. Sr Ts Dr Saiful Aman Haji Sulaiman (Ketua Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik), Sr Dr Rohayu Haron Narashid(Ketua) Kolej Pengajian Alam Bina, para pensyarah dan para pelajar Semester 5, Diploma Sains Geomatik (AP120) dan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Semester 7), Kolej Pengajian Alam Bina (KAB).
Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan diiringi dengan bacaan doa. Selama satu jam program berlangsung, Yang Berbahagia Profesor Dr. Chalermchon Satirapod menyampaikan perkongsian ilmu mengenai “Utilizing GNSS CORS and Geospatial Technology for Climate Change Studies in Thailand” kepada para audiens. Pada akhir program pagi tadi, Yang Berbahagia Profesor meluangkan masa selama 1 jam bermula jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi untuk menemubual para pelajar KAB bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan program AP120/AP220 melibatkan infrastruktur, pensyarah, kemudahan selain maklumat berkenaan kerjaya, hal akademik dan aktiviti kokurikulum pelajar.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Iskandar Putra Dzulkarnain Bin Jaafar selaku Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa pelaksana program yang mana terdiri daripada para pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (Semester 7) yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dan melaksanakan program yang cukup bermakna ini. Tidak ketinggalan juga kepada para pensyarah dan pelajar yang menyertai program ini secara bersemuka dan secara maya melalui media sosial Facebook PPSUG. Semoga berjumpa pada program lain akan datang.