“The Starter Pack of Becoming Educated Tiktokers” Buka Peluang Pelajar Jadi Tiktoker Bijak

Program ZB Talk’s: The Starter Pack of Becoming Educated Tiktokers telah berlangsung dengan jayanya pada Rabu, 4 Januari 2022 di Dewan Kuliah KAB UiTM Kampus Puncak Alam. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Zamrud dan Baiduri, UiTM Kampus Puncak Alam.

Program ini dikendalikan oleh moderator Eirina Ellysa Erisya Binti Hamizan yang juga merupakan Setiausaha JPK Zamrud Baiduri. Ahli panel yang dijemput ialah Ts. Nur Aniza binti Mohd Lazim, seorang Pensyarah Kanan UiTM dan Tun Laila binti Tun Rafae, seorang Peguam Pelatih. Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Madya Ts Dr Sabaianah binti Bachok, Pengetua Kolej Zamrud & Baiduri dan barisan Staf Residen Kolej (SRK) Zamrud & Baiduri.

Program dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Wawasan Setia Warga UiTM dan diiringi dengan bacaan doa. Selama sejam lebih program berlangsung, ahli panel telah menyampaikan maklumat yang berguna mengenai cara menjadi Tiktoker yang berpendidikan, serta membincangkan topik-topik seperti kandungan kreatif, etika dan kepentingan pendidikan dalam menjadi seorang Tiktoker yang berjaya. Program ini juga berjaya membuka ruang kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadi Tiktoker yang bijak dan berpendidikan.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebelum majlis bersurai pada jam 10.30 malam. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Amin Farhan bin Rosli selaku Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa pelaksana program yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan dan melaksanakan program yang cukup bermakna ini. Semoga berjumpa pada program lain yang akan datang.