Program “Bersalahkah Aku? 2.0” Anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan

23 Januari 2024 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah berjaya menganjurkan Program “Bersalahkah Aku? 2.0” pada 18 Januari 2023 bertempat di Auditorium Khalid Yusof, UiTM Kampus Sungai Buloh.

Program ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan bagi mengawal kesalahan dan salah laku dikalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman dengan menampilkan penceramah jemputan, DSP/PB Armyn Fahmy Mohd Fahmy, Timbalan Pendaftar Kanan (HEP) UiTM.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati merasmikan program ini yang dihadiri seramai 130 orang pelajar.Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut mengingatkan pelajar agar sentiasa cakna dengan peraturan dan dasar yang terpakai sepanjang tinggal di kolej kediaman.