Program Bengkel Skor A Pendidikan Seni Visual SPM 2022

Bengkel Skor A Pendidikan Seni Visual SPM 2022 anjuran Galeri Shah Alam (GSA) merupakan Bengkel Asas Kemahiran menjawab kertas 2611/2 Seni Halus dan memfokuskan kepada bengkel pemahaman dan persediaan bagi calon Peperiksaan Pendidikan Seni Visual, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon akan diberikan penerangan berserta demo cara membuat lakaran dan proses mewarna mengikut sukatan dan cara untuk skor A dalam Kertas Pendidikan Seni Visual SPM.

Bengkel ini juga adalah satu inisiatif untuk memberikan calon melalui pengalaman proses mewarna iaitu membentuk motif alam semulajadi dan alambenda dengan bimbingan untuk membuat lakaran yang menjawab kehendak soalan. Justeru, calon yang menyertai bengkel ini diberi pendedahan, persediaan dan galakkan untuk menggunakan media yang sesuai dengan kemahiran sendiri serta mengurangkan “fobia mewarna” untuk Skor A dalam Kertas Pendidikan Seni Visual SPM 2022.