Pameran SEMBUH

Pameran Sembuh anjuran Galeri Shah Alam menyediakan ruang dan pelantar untuk perupa muda tempatan berumur 30 tahun ke bawah bagi mempamerkan hasil karya terbaharu selain memberi pendedahan dan jaringan seni dalam industri seni rupa negara. Pameran ini mempamerkan 45 karya daripada 45 perupa.

Pameran Sembuh ini hasil kerjasama dengan pihak CMTHub, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam. Ia direncanakan bagi mengenengahkan pakar di dalam bidang seni yang dipamerkan.

Anjuran Galeri Shah Alam, Yayasan Seni Selangor dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Hab Media Kreatif dan Teknologi (CMTHub), Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam.

Matlamat Pameran SEMBUH adalah untuk memberi pendedahan dan jaringan seni rupa negara kepada perupa muda yang baru mula bertapak dalam industri ini. Galeri Shah Alam sentiasa menyediakan ruang dan tapak bagi perupa muda untuk menonjolkan bakat mereka dan memberi lonjakan dalam industri seni kreatif.