Nursing Student Association (NUSA) sesi 2019/2020 UiTM Cawangan Selangor Puncak Alam telah mengadakan Program Annual General Meeting (AGM) NUSA 2020 pada 10 Januari 2021. Program ini merupakan program rasmi yang melibatkan semua pelajar kejururawatan UiTM Puncak Alam. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semua ahli persatuan NUSA bagi pembubaran Ahli Majlis Tertinggi dan Exco sesi 2019/2020 sekaligus melantik pelapis yang baru untuk menerajui persatuan NUSA bagi sesi 2020/2021. Selain itu, memperkenalkan barisan kepimpinan NUSA bagi sesi 2020/2021 kepada semua pelajar kejururawatan. Program ini juga dijadikan sebagai medium kepada para pelajar untuk menyuarakan pendapat dan cadangan mahupun kritikan untuk tujuan penambahbaikan persatuan. Disamping itu, penilaian semula aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun serta pembentangan peranan, perancangan program dan perbelanjaan persatuan kepada pelajar turut dapat dibentangkan.
Program secara atas talian ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi dengan menggunakan platform Microsoft Team, telah dikendalikan oleh Muhammad Luqman Bin Masar. Seramai 236 orang pelajar, dan 3 orang tetamu kehormat iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), En Romizan Bin Jathin, Penasihat Sekretriat Mahasiswa Fakulti (SMF), En Mohd Fauzli Bin Yusof, dan Penasihat NUSA, Cik Rosuzeita Binti Fauzi yang hadir ke dalam program tersebut.
Majlis dipengerusikan oleh saudari Nur Afini Azwa Binti Roslan, dimulakan dengan nyanyian lagu “NegaraKu” dan “Wawasan Setia Warga UiTM”, diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Fauzi Bin Shahbudin. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Program Muhammad Luqman Bin Masar, kemudian disambung dengan ucapan dari Presiden Persatuan NUSA, Nor Amira Safiah Binti Saihuddin, ucapan dari Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan, Dr Zamzaliza Binti Abdul Mulud berbentuk video dan ucapan diakhiri dengan perasmian program dari Timbalan Dekan HEP, En Romizan Bin Jathin.
Program Annual General Meeting NUSA 2020 merupakan sebuah medium yang tepat untuk membentangkan laporan program tahunan NUSA, laporan kewangan tahunan NUSA dan laporan penglibatan pelajar dalam program NUSA memandangkan program ini berpeluang menghimpunkan hampir keseluruhan ahli persatuan NUSA. Pembentangan laporan program tahunan NUSA diibentangkan oleh Setiausaha NUSA, Siti Nur Fatin Fateha Binti Ahmad, pembentangan laporan kewangan tahunan NUSA dibentangkan oleh Cik Rosuzeita binti Fauzi manakala laporan penglibatan pelajar dibentangkan oleh Juruaudit NUSA, Mohamad Herzuddin Bin Badrulhisham.
Seterusnya, program ini disertakan dengan tayangan montaj aktiviti NUSA yang menyiarkan kompilasi aktiviti dari NUSA sepanjang sesi 2019/2020. Program disambung dengan tayangan video perlantikan kepimpinan baru NUSA kepada semua pelajar kejururawatan. Untuk makluman, pilihanraya NUSA telah diadakan pada 4 Januari 2021 bagi penamaan calon yang terdiri daripada 10 orang pelajar kejururawatan dari semester 3 dan semester 5 yang terpiih melalui temuduga dengan barisan kepimpinan NUSA.
Tampuk kepimpinan baru NUSA diketuai oleh Muhammad Zaki Bin Osdar, yang turut menyampaikan ucapan beliau sebagai Presiden baru NUSA. Barisan majlis tertinggi NUSA 2020/2021 dianggotai seramai 8 orang termasuklah Najmiatul Fadzilah Binti Mazukifli, Timbalan Presiden 1, Mohammad Rifqi Bin Harif, Timbalan Presiden 2, Mohamad Syafiq Amali Bin Ismail, Setiausaha Agung, Muhammad Aqil Bin Hairudin, Timbalan Setiausaha, Nur Anis Liyana Binti Ramli, Bendahari Kehormat, Nur Fatihah Binti Hanif, Juruaudit 1 dan Nur Farhana Binti Mohamed Karim sebagai Juruaudit 2.
Sebagai penghargaan kepada barisan kepimpinan lama NUSA yan telah banyak menabur bakti dan mengorbankan tenaga sepanjang sesi 2019/2020 ini dalam memastikan segala urusan pelajar kejururawatan berjalan dengan lancar, sebuah tayangan video barisan kepimpinan lama NUSA turut disiarkan. Harapan diberikan kepada tampuk kepimpinan baru NUSA agar dapat memimpin dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah disamping meningkatkan prestasi persatuan NUSA. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu “UiTM Di Hatiku”, tasbih kaffarah dan surah al-asr.
Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa Program Annual General Meeting NUSA 2020 yang ditadbir oleh Pengarah Program, Muhammad Luqman Bin Masar, Biro Program, Nor Amira Safiah Binti Saihuddin, Nurul Najwa Binti Nor Hisham dan Muhammad Zaki Bin Osdar, Biro Jemputan, Mayvelyne Mayor dan Azieana Dusin, Biro Tugas-Tugas Khas, Nurul Syazlina Binti Ramli dan Nur Syafaah Binti Nazeri, dan Biro Multimedia, Balqis Binti Jamaludin dan Wan Nur Mastura Binti Wan Hassan, dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.