PTAR UiTM Cawangan Sarawak Adakan Program Misi Bantuan Banjir

Skuad Kelab Kebajikan dan Rekreasi PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengambil satu inisiatif untuk menghantar bantuan bekalan makanan dan minuman kepada staf PTAR UiTM Cawangan Sarawak yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini ekoran hujan lebat yang berterusan selama tiga berturut-turut. Antara staf yang telah mendapat bantuan ialah Encik Jamil Jawi yang tinggal di Kampung Rantau Panjang, Kuching dan Puan Habsah Suut yang tinggal di Kampung Pinang, Samarahan.

Bencana banjir yang berlaku pada awal tahun ini telah menjejaskan beberapa kawasan di daerah Kuching serta Kota Samarahan dan dijangka akan berturusan untuk beberapa hari lagi. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini akan bermanfaat dan sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi. Ditambah lagi dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat, mereka yang terlibat dengan bencana ini semestinya melalui hari yang sukar. Semoga mangsa-mangsa banjir di Sarawak terus tabah menghadapi dugaan ini.

Usaha PTAR UiTM Cawangan Sarawak ini telah membuktikan bahawa institusi ini tidak hanya mengambil berat tentang kebajikan pelajar, tetapi juga kepada staf yang UiTM Cawangan Sarawak yang ditimpa musibah.