Taklimat PPT Program empowerNCER Akademik 2020: ‘Empower Community Connect’

6 Januari 2021 –  Bertempat di Dewan Dato’ Md Noor Hamid (Taman Kastam Tiga Padang Besar Utara) Dewan Bonda Tambun Tulang, Arau pihak Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (ICEPS), UiTM telah menganjurkan program ini dan pihak PPT yang diwakilli oleh mantan dan koordinatornya iaitu Encik Abdul Rashid dan Tuan Haji Zulkifli bin Mansor telah dijemput bagi menjadi penceramah.

Tajuk ceramah yang disampaikan adalah ‘Penerangan Hala Tuju Kemasukan Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Selepas Peperiksaan SPM dan Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibubapa akan kepentingan pendidikan anak mereka. Program empowerNCER Akademik ini pula bermatlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan melalui pendidikan anak ini mampu mengubah hidup keluarga mereka.