PIMPIN & V5 Serah Sumbangan Kepada PPV Universiti Teknologi MARA (UiTM)

PUNCAK ALAM, 27 JUN 2021 – Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah telah hadir menerima sumbangan daripada Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) dengan kerjasama Yayasan VFive (V5) kepada PPV Mega di UiTM Cawangan Selangor kampus Puncak Alam.

Sumbangan berbentuk makanan tersebut akan diberikan khas kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan UiTM yang bertugas di PPV Mega UiTM Puncak Alam. Naib Presiden PIMPIN, Abang Mohd Hafizie Bin Abang Bunsu memaklumkan, sumbangan tersebut diharapkan dapat memberikan keceriaan serta sokongan motivasi buat para petugas dan sukarelawan UiTM yang bertugas menguruskan PPV UiTM bagi mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang ditetapkan kerajaan.

Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak PIMPIN & V5 di atas sumbangan berkenaan yang dapat dimanfaatkan oleh para petugas dan sukarelawan UiTM.Turut hadir, YBhg. Datuk Hj Mohd Syafiq, Pengerusi Yayasan V5, YBrs.Tuan Hj Saiful Azhar, Presiden PIMPIN, YBrs. Abang Mohd Hafizie, Naib Presiden PIMPIN dan beberapa orang wakil PIMPIN & V5.