Peserta Program Reskiling & Upskilling Diraikan Dalam Majlis Apresiasi

Peserta Program Reskilling & Upskilling: empower ECER Micro/New Entrepreneurship Development 2022 (MNE) dari daerah Tumpat dan Gua Musang telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER pada 9 Mac 2023 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan diiringi oleh YBhg. Dato’ Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Turut hadir Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur Mohamad Ahmad Shazly Ramli bagi menyempurnakan sesi penyerahan sijil kolaborasi kepada 5 buah sekolah di kawasan Kuala Krai yang terpilih bagi Program Yayasan PETRONAS empower ECER Akademik 2022 yang dilaksanakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Turut diadakan adalah pelancaran Program Yayasan PETRONAS empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan (sesi 2022/2024) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program ini akan dikendalikan oleh UiTM dan membabitkan 400 peserta daripada keluarga B40 di Kuala Krai dan Machang.