Persembahan Live Band Majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2022

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan telah terlibat dalam sebuah Majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2022. Kumpulan persembahan muzik JKP Band telah mempersembahkan muzik secara live sepanjang majlis makan malam berlangsung. Kumpulan persembahan JKP Band ini diketuai oleh En. Noradzely bin Amat Darmawi dengan kerjasama Jawatankuasa Kesenian Pelajar(JKP).

Majlis AAU ini diadakan pada 20 Mei 2022 bertempat di Hotel Le Meridien Kota Kinabalu yang melibatkan seramai 11 orang pemuzik JKP Band bersama 5 orang krew teknikal.

Antara objektif utama kumpulan persembahan JKP Band ini adalah untuk memberikan suasana yang ceria dalam sebuah majlis anugerah dan makan malam. Pelajar juga dapat mempelajari sedikit sebanyak cara untuk menguruskan sebuah acara dari segi pengurusan masa, pengurusan acara dan pengurusan teknikal. Melalui aktiviti ini juga pelajar dapat bergiat aktif dalam bidang seni dan terus mewarnai dunia dengan bakat seni yang ada pada diri mereka.

Secara keseluruhannya, persembahan live muzik band ini merupakan salah satu strategi Unit Kebudayaan dalam membantu pelajar untuk mengasah lagi bakat mereka dalam bidang seni.