Penglibatan Seni dan Budaya Dalam Program Meta-XXIV Sabah

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah melalui Unit Kebudayaan telah terlibat sama di dalam program META XXIV 2022 terutamanya ketika upacara perasmian serta Majlis Makan Malam META. Semestinya penglibatan Jawatankuasa Kesenian Pelajar (JKP) melalui kumpulan persembahan tari Mahasiswa Seni Sabah (MaSes) ditonjolkan. Kumpulan persembahan tari ini diketuai oleh En. Noradzely Bin Amat Darmawi.

Program META-XXIV 2022 yang diadakan di UiTM Cawangan Sabah sebagai tuan rumah penganjur telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 hingga 27 Mei 2022. Persembahan sambut tamu telah ditunjukan ketika upacara perasmian di Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah pada 25 Mei 2022. Manakala rangkaian persembahan tarian etnik dan nyanyian dipersembahan ketika majlis Makan Malam META Ke-24. Majlis makan malam diadakan di Hotel Le Meridien pada 26 Mei 2022. Secara keseluruhan seramai 24 pelajar berbakat dan 5 orang krew telah terlibat dalam memastikan kelancaran dua aktiviti tersebut.

Antara objektif utama persembahan tari ini adalah untuk memperkenalkan kepada tetamu luar META bahawa terdapat pelbagai jenis kekayaan tarian etnik dalam masyarakat berbilang kaum yang ada di Sabah. Setiap tarian mempunyai makna dan keunikan yang tersendiri. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu untuk menarik minat orang lain untuk mempelajari pelbagai jenis budaya yang terdapat di Sabah.

Secara khususnya, aktiviti ini merupakan salah satu strategi Unit Kebudayaan dalam menarik minat pelajar untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni. Secara tidak langsung dapat membina keyakinan diri mereka untuk menonjolkan bakat yang ada pada mereka dan terus mempelajari sesuatu yang baharu.