Perkongsian OBE Bersama Dengan Pelajar Kolej Vokasional Pertanian Chenor Pahang Oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang

Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang ( PPKA UCPh ) telah mendapat jemputan daripada Kolej Vokasional Pertanian Chenor ( KVPCh ), Maran untuk sesi perkongsian tentang Program Pendidikan Berasaskan Hasil ( Outcome-Based Education – OBE ) yang diadakan pada 15 Julai 2022 di KVPCh.

Ts. Zulhafizal bin Othman , Ketua Pusat Pengajian telah memberikan ceramah tentang OBE ini kepada pelajar Tahun 1 & 2 Diploma di KVPCh.

Konsep OBE ini memang dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P) program-program di UiTM. Konsep ini juga telah diterapkan dalam P&P program – program diploma di Kolej Vokasional. Hasil akhir program OBE ini adalah untuk melahirkan graduan yang lebih kompeten, kompetetif dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

Jabatan Pengajian Tinggi & Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2012 telah menyatakan bahawa OBE ini akan memberikan perubahan yang positif dalam P&P yang berpusatkan pelajar dalam aspek kognitif, malah akan meningkatkan P&P dalam aspek psikomotor, afektif dan sosial yang akan dinilai sepanjang pelajar menjalankan pengajian mereka di Kolej Vokasional.

PPKA UCPh menjadikan jemputan ini sebagai satu program jalinan akademia di antara PPKA dan KVPCh dan perkongsian penggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk masyarakat bersama penduduk sekitar Negeri Pahang.

Ini mencapai aspirasi dan visi Matlamat Pembangunan Mampan ( Sustainable Development Goals – SDG) , Matlamat SDG 4 iaitu memastikan pendidikan berkualiti. Para pelajar yang hadir memberikan maklumbalas yang baik terhadap program ini . PPKA juga akan terus memberikan kerjasama atas jalinan akademia ini pada masa akan datang.

Dua orang Pensyarah Kanan PPKA juga turut terlibat bersama dalam program ini iaitu En. Mohd Risham bin Jaafar dan En. Noor Safwan bin Muhamad .

Terima kasih kepada pihak KVPCh yang terlibat menjayakan program ini iaitu :
1. En. Maliki bin Abdullah , Timbalan Pengarah Akademik
2. En. Mohd Razali bin Kamarudin, Penyelaras Akreditasi dan OBE
3. En. Zulkiflee bin Ghazali, Ketua Jabatan Pertanian
4. En. Mohd Rizaidi bin Mohd Shohor, Ketua Jabatan Teknologi.

KVPCh juga telah melantik Ts. Zulhafizal untuk menjadi Penasihat OBE mereka . Semoga kerjasama di antara PPKA UCPh dan KVPCh ini akan berterusan dan UiTM akan sentiasa bersama-sama dengan masyarakat.