KOTA KINABALU, 10 Mac 2022 – Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah, Unit Pengurusan Kolej dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan Perkampungan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) pada 7 – 10 Mac 2022.
Perkampungan JPK UiTM Cawangan Sabah merupakan program pengurusan organisasi, penyediaan dan pembentangan kerta kerja bagi perancangan aktiviti pembangunan pelajar bagi sesi Mac 2022. Perkampungan JPK UiTM Cawangan Sabah diketuai oleh Presiden justify, Saudari Nurul Aishah Osman dan dibantu oleh Timbalan Presiden 1 Kolej Manukan – Saudara Morand Goh Keat Eng, Timbalan Presiden 2 Kolej Mabul- Saudari Suleha Rusman, dan Timbalan Presiden 3 Kolej Mantanani- Saudari Effy Atiqah Murnin. Program ini juga melibatkan penyertaan dari 24 JPK UiTM Cawangan Sabah yang sangat komited dan berkepimpinan.
Aktiviti-Aktiviti Pembangunan Pelajar telah dirangka dan disediakan mengikut Perancangan Strategik UiTM dan Strategik Action Plan (SAP) yang disesuaikan mengikut Pertunjuk Prestasi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah. Penglibatan 10 Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah yang diketuai oleh Encik Azry John, Ketua SRK sebagai penasihat program membantu JPK menyediakan kertas kerja dan perancangan aktiviti pembangunan pelajar yang berkualiti dan mengandungi elemen Kemahiran Insaniah (Kemahiran Kepimpinan, Kemahiran Komunikasi, Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Kemahiran Kerja Berpasukan, Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat, Kemahiran Keusahawanan, Etika dan Moral Profesional). Program-Program yang dirancang juga meliputi elemen Nilai ESI dan iDart UiTM bagi menerapkan nilai-nilai utama di UiTM dalam pelaksanaan program bagi melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.
Pembentangan kertas kerja aktiviti pembangunan pelajar anjuran JPK UiTM Cawangan Sabah seterusnya akan dibentangkan kepada Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sabah, Datin Dr. Rafidah @ MAlissa Salleh untuk kelulusan pelaksanaan.