PERKAMPUNGAN ILMU MURID SUKSES KE UITM PUNCAK ALAM

PUNCAK ALAM, 16 Jun 2023 – Program Perkampungan Ilmu Murid Sukses ke UiTM Puncak Alam telah diadakan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 6 dan 7 Jun 2023 dengan kerjasama daripada kelas BA2432E dan BA2472C.

Program ini adalah untuk mengasah bakat murid sekolah untuk menjadikan mereka lebih berdisplin dan mampu berdaya saing antara mereka sendiri. Terdapat banyak aktiviti yang kami lakukan bersama antaranya yang paling besar adalah aktiviti Cef Junior yang berlangsung pada hari terakhir mereka bersama kami pada 7 Jun 2023, pagi.

Program ini mendapat sambutan yang baik dan pihak sekolah juga telah memberikan maklum balas yang positif kepada pihak penganjur.