Perjumpaan Perdana Staf Residen Kolej (SRK) Bersama Pelajar Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU – Perjumpaan Perdana Staff Residen Kolej (SRK) Bersama Pelajar Kolej Kediaman UiTM Cawangan Sabah telah diadakan pada 2 April 2022 (Sabtu). Bagi sesi Fasa 1, seramai 593 pelajar kolej kediaman terdiri dari pelajar Kolej Mabul, Mantanani dan Manukan telah menyertai perjumpaan perdana bersama SRK di Dewan Al-Bukhari Ujana Sarjana UiTM Cawangan Sabah.

Perjumpaan Perdana SRK Bersama Pelajar Kolej Kediaman merupakan taklimat pengenalan kepada para pelajar berkenaan fungsi Kolej Kediaman, peraturan yang berkuatkuasa, aktiviti pembangunan pelajar, kepimpinan pelajar dan barisan Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah yang terdiri daripada Encik Azry John, Puan Norayati Nordin, Puan Haslinah Kulin, Ustazah Majidah Hassan, Imam Asley Josley, Encik Mohd Razmynizam Rahman, Encik Mohd Hisham Salleh, Encik Ahmad Ghazali Ismail, Encik Noradzely Amat Darmawi, Encik Kaffali Pendik, Encik Mohd Khairun Hafizan Yusop dan Puan Nurul Huda Roslan.

Perjumpaan Perdana SRK Bersama Pelajar Kolej merupakan program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Kemudahan Kolej dan Staf Residen Kolej (SRK). Perjumaan ini dimulakan dengan Taklimat dari Pengurus Asrama Kanan Encik M. Amran Pardi berkenaan peraturan dan kemudahan kolej kediaman, Taklimat Keselamatan yang disampaikan oleh Tuan Muhammad Munnawar Assiddiq Rijal, Ketua Pejabat Keselamatan UiTM Cawangan Sabah, Taklimat Kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Haslezah Saelih, Pegawai Perubatan Kanan dan Encik Azry John Ketua SRK memberi taklimat berkenaan program pembangunan pelajar, aduan pelanggan dan Kebajikan Pelajar.