Perbincangan antara pasukan penyelidik Kajian Indeks Keselamatan Negara (IKSN) bersama YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan & Inovasi), UiTM.

8 September 2022, UiTM Shah Alam – Telah berlangsung pertemuan dan perbincangan antara pasukan penyelidik Kajian Indeks Keselamatan Negara (IKSN) bersama YBhg. Profesor Ts. Dr Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidkan & Inovasi), UiTM.

Tujuan perbincangan adalah bagi membentangkan perkembangan hasil kajian yang telah dilaksanakan sehingga hari ini. Terkini, kajian ini telah berada di fasa akhir di mana indeks yang dibangunkan telan dibentangkan kepada pihak Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) dan laporan akhir akan diserahkan kepada mereka dalam sedikit masa lagi. Turut hadir mengetuai pasukan penyelidik, YBhg. Prof. Ts. Dr Mohd Nazip Suratman dan YBhg. Prof. Dr Yarina Ahmad.

Susulan dari kejayaan pembangunan IKSN, satu lagi projek bagi membangun Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) telah berjaya diperoleh daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan nilai RM 499,999.88. Ini telah membuktikan kredibiliti penyelidik terserlah dalam membangunkan indeks penting yang mengukur tahap keselamatan negara.

Pasukan yang sama juga telah berjaya menerbitkan buku bertajuk “Mendepani Pandemik COVID-19: Bukti Empirikal daripada Hasil Penyelidikan” terbitan Penerbit UiTM yang telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dan telah dinobatkan sebagai buku dengan Penyuntingan Terbaik Kategori Pengajian Tinggi di Anugerah Buku Negara 2022 baru-baru ini.

Selain itu, pasukan penyelidik ini juga telah bergerak dengan mengoptimumkan penggunaan bakat penyelidik di seluruh kampus UiTM di setiap negeri di Malaysia. Hasil daripada ini, limpahan manfaat turut diperoleh oleh penyelidik di kampus apabila mereka juga turut berjaya mendapat geran penyelidikan bersama Kerajaan negeri masing-masing dan industri serta komuniti setempat.

Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga usaha dan hasil penyelidikan yang berimpak seperti ini dapat membantu UiTM mencapai GRU2025!