Perasmian Global Art Journey dan Karya Reka 2023

Seri Iskandar – 20 November 2023, Majlis Perasmian Pameran Global Art Journey dances Karya Reka 2023 telah berlangsung di Galeri Al Biruni, UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Pameran seni ini merupakan kolaborasi tiga negara iaitu Indonesia, Bangladesh dan Malaysia yang dibawa jelajah ke setiap negara untuk tujuan kontribusi positif dalam dunia seni dan budaya negara tertangga. Pameran ini dikenali sebagai “pameran jelajah” atau “Art Tour Exhibition” di mana satu pameran seni atau koleksi seni dibawa ke pelbagai lokasi di negara tertangga untuk mempromosikan seni, seniman, dan tema tertentu. Pameran ini telah melibatkan kerjasama antara galeri-galeri seni iaitu Humanika Art Space (Indonesia), museum seni Dhaka (Bangladesh), Galeri Al Biruni (Malaysia) dan juga penglibatan institusi seni dari tiga negara Asia yang terlibat seperti ISBI Bandung, University of Dhaka dan UiTM Cawangan Perak.

 

Pameran ini disertai oleh pelukis tiga negara sebagai tuan rumah iaitu Malaysia, Indonesia dan Bangladesh. Turut terlibat penyertaan jemputan dari 29 negara iaitu dari Mexico, Brazil, Argentina, Azerbaijan, China, Dominican Republic, Ecuador, India, Iran, Pakistan, Panama, Peru, Philipine, Russia, Slovakia, Taiwan, USA, Venezuela, Jordan, South Korea, Saudi Arabia, Ukraine, Turkey, Thailand, Nepal, Mauritius

Melalui pameran ini para pengunjung dapat menyaksikan hasil karya bertaraf antarabangsa dan mengenali seni budaya dari negara-negara yang terlibat.

Manakala karya reka 2023 pula merupakan perasmian aktiviti yang akan di menyokong kepada program PICCI2024 pada Mei 2024 akan datang. Karya Reka akan melibatkan aktiviti-aktiviti bersama industri dari Malaysia dan luar negara. Karya Reka 2023 juga akan mempromosikan program PICCI2024 yang telah disenaraikan sebagai salah satu aktiviti tahun melawat Perak 2024.

Kedua- dua program ini telah dirasmikan dalam satu majlis oleh Ybhg. Profesor Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, P.M.P, Rektor UiTM Cawangan Perak.

Pameran ini memberikan peluang unik untuk mengamati bagaimana pameran seni yang sama boleh dialami dalam konteks budaya dan seni yang berbeza, menjadikan ia sebagai perjalanan seni yang benar-benar memperkaya dan membuka mata. Diharapkan Pameran dan aktiviti dibawah kerjasama Sosial Universiti (University Social Responsibility) dapat berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya. Kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakan program ini amat dihargai.