Penyerahan Sumbangan Tabung Wakaf Arshad Ayub oleh UiTM Cawangan Sarawak

UiTM Cawangan Sarawak telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM 30,000 untuk Tabung Wakaf Arshad Ayub kepada Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim di pejabat beliau. Hadir pada majlis ringkas tersebut adalah Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali dan Timbalan Rektor HEA, Prof. Dr. Firdaus Abdullah bagi menyerahkan cek tersebut. Turut menyumbang kepada Tabung Wakaf tersebut adalah Persatuan Alumni UiTM Sarawak (MITSA) dengan sumbangan berjumlah RM 5,000.

Projek pembinaan Kompleks Arshad Ayub yang dibangunkan melalui pembiayaan wakaf di atas tapak seluas 3 hektar di Seksyen 3, Shah Alam bermula pada tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2023.

Penyerahan Sumbangan Tabung Wakaf Arshad Ayub oleh UiTM Cawangan Sarawak