Saudara Khair dilantik Felo Perdana Kementerian Kewangan Malaysia

Tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Khair Bin Noor Hisham atas lantikan sebagai Felo Perdana kepada YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Saudara Khair adalah merupakan anak kepada Datuk Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.  Beliau juga merupakan bekas Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pahang Sesi 2017/2018.

Saudara Khair merupakan bekas pelajar Diploma Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub dan telah menerima Anugerah Dekan sepanjang pengajiannya mulai 2016 hingga 2019.

Saudara Khair juga telah dianugerahkan Anugerah Pelajar Terbaik untuk Ketua Perwakilan Pelajar Tahun 2018 dan Pengarah Program Leadership & Cultural Linkages – International Joint Program 2018.

Sekarang , Saudara Khair adalah pelajar BA(Hons) Business Sheffield Hallam University, UK dan juga dianugerahkan Pemenang Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition 2019.

Pelantikan ini menjadi satu kebanggaan kepada warga UiTM Cawangan Pahang khususnya dan UiTM amnya.