Penulis Penerbit UiTM Terima Hadiah Sanjungan di Anugerah PERSAMA 2023

Sekalung tahniah kepada Penerbit UiTM dan penulis buku ‘If You Want To Lose Weight, Go To The Moon!’, Dr Ahmad Lutfi Anis, atas kejayaan merangkul Anugerah PERSAMA 2023 bagi kategori Buku Karya Asli sebagai Penerima Hadiah Sanjungan.

Syabas dan terima kasih kerana telah mengharumkan nama Penerbit UiTM dan UiTM secara amnya. Semoga dengan kemenangan ini dapat menyuntik semangat penulis dan penerbit dalam menghasilkan dan menerbitkan karya yang lebih bermutu pada masa akan datang.