Pensyarah Fakulti Pendidikan main peranan dalam penganjuran Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM

Pensyarah Fakulti Pendidikan Mainkan Peranan Penting dalam Penganjuran Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM
Mohd Noorazam (depan, tiga dari kiri) bergambar bersama kesemua peserta

Pada 1 dan 2 Februari 2020 yang lalu, pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, telah terlibat secara langsung di dalam penganjuran Kursus Kejurulatihan Akar Umbi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Encik Mohd Noorazam Abd. Razak telah berperanan sebagai Pemaju Jurulatih Akar Umbi FAM di dalam penganjuran tersebut.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) di Sekolah Kebangsaan Teluk Pulai, Klang, Selangor. Seramai 30 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang dibantu oleh En. Abdul Ghani Malik. Turut hadir adalah Pegawai Pembangunan FAS, Nazrin Kamarul Bahrain dan Ketua Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Klang, Khalifi Ahmad.

Pensyarah Fakulti Pendidikan Mainkan Peranan Penting dalam Penganjuran Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM

Kredit: Gambar ihsan Football Association Malaysia (FAM)