Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang : Kolaborasi Program ECS246 – Civil Engineering Materials

Bidang Struktur Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pahang (PKA UCPh) telah mengadakan program bertajuk “Talk on Sustainable Products Innovation of Bricks and Concrete” bersama pensyarah jemputan iaitu YBrs Ts. Dr. Norul Wahida Kamaruzaman, Timbalan Dekan, Fakulti Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Infrastructure University Kuala Lumpur.

Program ini merupakan sesi perkongsian ilmu berkaitan dengan bahan kejuruteraan awam dan merupakan satu sesi pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching session) yang diadakan pada 03 Julai 2023 (Isnin) bermula jam 7.45 malam hingga 10.00 malam secara atas talian. Para peserta program ini adalah 59 orang pelajar yang mengambil subjek ECS246 pada semester Mac 2023 – Ogos 2023.

Penceramah jemputan telah menyampaikan syarahan mengenai Inovasi Produk Mampan Batu Bata dan Konkrit (Sustainable Products Innovation of Bricks and Concrete) iaitu merangkumi penerangan tentang penggunaan teknologi terkini dalam menghasilkan produk mampan, dan juga penghasilan batu bata dan konkrit melalui pengubahsuaian bahan atau teknik sedia ada.

Ceramah ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar tentang amalan dalam kerja-kerja pembinaan mengenai penggunaan produk mampan batu bata dan konkrit, malahan meningkatkan motivasi dan memupuk minat pelajar untuk bekerjaya sebagai jurutera dalam bidang bahan kejuruteraan awam.

PKA mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pengurusan UiTM Cawangan Pahang kerana telah memberi sokongan dan meluluskan permohonan mengadakan program ini. Melalui kolaborasi penyampaian pengajaran ini, para pelajar telah dapat mempelajari dengan lebih mendalam dan menguasai ilmu tentang bahan kejuruteraan awam melalui kepakaran yang ada pada penceramah jemputan. Para pelajar juga telah didedahkan tentang penggunaan teknologi terkini dalam menghasilkan produk mampan batu-bata dan konkrit. PKA UCPh mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs Ts Dr. Norul Wahida Kamaruzaman atas kesudian dan kerjasama berkolaborasi dengan kami.

Terima kasih juga kepada YBrs Ts. Dr Rohaya binti Alias selaku Koordinator Program yang juga Ketua Pengelola Kolaborasi ini dan terima kasih kepada YBrs Ts. Dr. Hamizah binti Mokhtar selaku moderator program ini serta team pengajar dan para pelajar ECS246.

Tenaga pengajar ECS246 – Civil Engineering Materials pada semester ini adalah :
1. Ts. Dr Rohaya binti Alias
2. Dr. Nur Azzimah binti Zamri
3. Ts. Dr. Hamizah binti Mokhtar

PKA UCPh akan meneruskan lagi program kolaborasi seperti ini untuk subjek yang lain nanti.
Laporan oleh Dr Nur Azzimah Zamri (Lecturer in Charge – LIC ECS246)