Pengajaran Kolaboratif Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) UiTM Jengka Bersama MSL Swimming Academy &“Certified Bronze Medalist”

Pada 3 Januari 2023 lalu, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Kampus Jengka telah menjemput dua orang “Certified Bronze Medalist” iaitu Encik Muhammad Iman Irffan yang merupakan salah sorang tenaga pengajar daripada MSL Swimming Academy dan seorang lagi Encik Mohamed Azizul Mohamed Afandi bagi menyampaikan topik berkaitan “Water Rescue”. Pengajaran kolaboratif ini dibahagikan kepada dua sesi, sesi pagi merupakan sesi teori dan sesi petang adalah sesi praktikal.

Sesi perkongsian bersama Encik Muhammad Iman Irffan daripada MSL Swimming Academy menggunakan kaedah penyampaian secara atas talian dan sesi praktikal bersama Encik Mohamed Azizul Mohamed Afandi diadakan di kolam renang Jengka Wonderland yang dihadiri oleh 71 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Semester 1 Diploma Pengajian Sukan, dan para pensyarah FSR UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Penyampaian Inovasi Kursus Dalam Talian Bertauliah (CoC) Keselamatan Air juga merupakan modul kursus Keselamatan Air dalam talian interaktif yang menggunakan pendekatan ‘pembelajaran sosial’ yang mewujudkan interaksi antara pelajar dengan pakar atau pemudah cara secara langsung.

Antara kupasan perkara yang dikongsikan oleh mereka adalah berkaitan dengan kaedah menyelamat mangsa dalam konteks situasi sebenar. Pelajar juga didedahkan dengan beberapa prosedur penting untuk mendekati mangsa yang sedang panik, menenangkan mangsa, serta teknik-teknik yang boleh digunakan untuk menarik mangsa ketempat selamat “Swimming Towing Technique”.

Di samping itu juga, Encik Muhammad Iman Irffan daripada MSL Swimming Academy juga berkongsi tentang laluan kerjaya selepas pelajar berjaya menamatkan program Diploma dan Ijazah Sarjana kelak. Pihak Fakulti berharap dengan perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada pelajar di samping dapat membuka minda pelajar akan kepentingan kemahiran yang dipelajari dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan mempelajari keselamatan air, kerana tanpa kita sedari, air ialah tempat yang berbahaya bagi manusia, sama ada di kolam renang, sungai atau tasik.