Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia

ALOR GAJAH, 7 –  8 November 2022 – Telah berlangsung Sesi Pengagihan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar yang berkelayakan di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bertempat di Dewan Syahbandar. Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka.

Turut hadir Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Hajar Hasrol bin Jono. Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Inisiatif ini bertujuan untuk membantu proses pembelajaran mahasiswa IPT yang berada dalam kelompok B40 melalui pemberian peranti.

#uitmdihatiku
#kitauitmmelaka
#keluargaUiTM
#sinergibersama
#sinergitrust
#uitmcmnovember2022