Penerbit UiTM Terima Anugerah MAPIM-KPT Ke-14 Tahun 2022

Penerbit UiTM melakar satu lagi sejarah apabila buku berjudul Bahasa Mandarin Komunikasi Harian 1 berjaya merangkul Anugerah MAPIM-KPT ke-14 tahun 2022 bagi kategori E-Buku Terlaris 2021 (Pemenang Utama) anjuran Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kejayaan ini pastinya tidak dapat diraih tanpa usaha keras para penulis; Chan Swee Kai, Lee Chai Chuen, Wee Sheau Ping, Soo Yew Phong dan Teoh Joo Tong; team Penerbit UiTM dalam penghasilan serta penerbitan buku ini.

Mudah-mudahan kemenangan ini dapat memberi semangat kepada penulis baharu dan lama dalam menghasilkan karya yang lebih berkualiti pada masa akan datang.