MoU antara Universiti Islam Indonesia dan UiTM Caw. Perak: Satu Langkah Menuju Kerjasama Pendidikan Yang Bersepadu

Seri Iskandar, Februari 05,2024 – Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universitas Islam Indonesia dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak yang telah berlangsung pada 05 Februari 2024 ditandatangani oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Profesor Madya Dr Nur Hisham Ibrahim dan Rektor Universitas Islam Indonesia, Profesor Fathul Wahid. Majlis ini menandakan kesepakatan formal antara kedua belah pihak untuk meningkatkan kerjasama mereka dalam bidang pendidikan, penyelidikan, dan pengembangan akademik. Tindakan ini mencerminkan komitmen yang kuat dari kedua belah pihak untuk memperkuat kemitraan mereka demi mencapai keunggulan akademik dan keberhasilan bersama.

Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Profesor Madya Ts Dr Norhayati Baharudin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Profesor Madya Sr Dr Mohd Azian Zaidi, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri, Profesor Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, dan barisan jawatankuasa majlis MoU.

Antara aspek penting MoU adalah penekanan kepada pertukaran pelajar dan staf, penyelidikan bersama, pengembangan kurikulum bersama, serta memperkukuh hubungan antarabangsa di antara kedua universiti. Ini memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk mendapatkan pengalaman belajar dan mengajar yang berharga di persekitaran yang berbeza, serta meluaskan wawasan mereka dalam konteks global. Dengan memperkukuhkan hubungan antarabangsa, MoU ini juga membuka pintu bagi kolaborasi lintas-batas dalam penyelidikan dan perkembangan akademik, menciptakan peluang baru untuk inovasi dan pertumbuhan bersama di kedua-dua negara.

 

Secara ringkasnya, Penandatanganan Memorandum Persefahaman tidak hanya mencerminkan persetujuan formal, tetapi juga merupakan satu tindakan simbolik yang menegaskan komitmen terhadap matlamat bersama, nilai, dan aspirasi.

Laporan disediakan oleh Dr Siti Nur’amalina Syeddin* dan penulis bersama ialah Nor Zarina Mohd Salim, Noormahayu Mohd Nasir dan Hafini Suhana Ithnin, Dr Zarul Azhar Nasir dan Dr Muhammad Adidinizar Zia Ahmad Kusairee.