Pelancaran Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 7 Disember 2023 – Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed, Rektor UiTM Cawangan Sabah telah melaksanakan projek penulisan Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah.  Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang, atas usaha gigih dan kerjasama sepasukan, buku ini telah berjaya disiapkan mengikut tempoh seperti yang dirancang bersama Jawatankuasa  Penulisan Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah yang diketuai Puan Aminah Aman, Timbalan Pendaftar Kanan serta dianggotai bersama 18 jawatankuasa penulisan yang terdiri dari staf akademik dan bukan akademik.

Buku Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah dapat diterbitkan melalui edisi yang pertama memaparkan sejarah pelaksanaan Istiadat Konvokesyen di UiTM Cawangan Sabah bermula Istiadat Konvokesyen ke 83 pada 26 November 2015 hingga kini.

UITM Cawangan Sabah amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan bagi pelaksanaan projek penulisan Koleksi Ucapan Penganugerah Istiadat Konvokesyen UiTM Cawangan Sabah bagi melakar sejarah, merakam memori dan meraikan warga yang terlibat sepanjang istiadat berlangsung.  Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, melalui koleksi ini, perkembangan UiTM Cawangan Sabah dapat disoroti dengan rakaman dan penerbitan ucapan penganugerah Istiadat Konvokesyen dan menjadi bahan rujukan di masa akan datang.