Koleksi Istimewa tudung Sirung @PEWANISABAH Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU, 27 November 2023 – Yang lama dikelek, yang baharu didukung, searus dengan perkembangan Masyarakat Madani, PEWANI Sabah mengangkat corak etnik budaya Negeri Sabah dalam koleksi istimewa tudung PEWANI Sabah iaitu Sirung @ PEWANISABAH.    Bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah, Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah, Profesor Madya Dr Rozita @ Uji Mohammed bersama ahli PEWANI mengeluarkan koleksi istimewa Sirung @ PEWANISABAH (yang membawa maksud tudung dalam bahasa Kaum Dusun, antara etnik bangsa di Negeri Sabah).  Menawarkan (4) empat koleksi corak yang eksklusif bermotifkan Etnik Negeri Sabah.  Koleksi eksklusif tudung SIRUNG @PEWANISABAH terdiri dari Avanus, Rumandawi, Olumis dan Butizza yang tolid kelundusan (menyerlahkan keayumu).

Koleksi istimewa ini dibuka untuk jualan secara eksklusif kepada ahli PEWANI dan pelanggan yang meminati corak etnik dan ianya hanya dicetak untuk 200 helai, eksklusif sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun UiTM Cawangan Sabah.  Aktiviti seperti ini menyebar luas rangkaian persatuan NGO dan mengeratkan silaturahim sesama ahli PEWANI dan masyarakat setempat.  Melalui koleksi ini, PEWANI Sabah bukan sahaja dapat menjana pendapatan, malah mengangkat budaya dan corak etnik Negeri Sabah ke persada dunia.