Pelajar Sains Ukur dan Geomatik Menang 17 Anugerah di Konferens dan Pertandingan Antarabangsa 2020

 

Dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19, tidak menghalang semangat tinggi para pelajar Sarjana Muda dari Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG) untuk menghasilkan produk penyelidikan yang berkualiti sekaligus menempah beberapa kejayaan dalam pertandingan inovasi mahupun konferens bertaraf antarabangsa sepanjang tahun 2020.

Lebih 15 pelajar PPSUG telah menyertai 9 kategori pertandingan inovasi dan konferens tersebut. Para penyelidik muda Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) UiTM Shah Alam ini telah memenangi 17 anugerah dalam pelbagai kategori. Butiran pertandingan dan anugerah yang telah dirangkul adalah seperti berikut:

1.The 1st International Advanced Geospatial and Surveying Conference (AGeoS), UiTM Perlis

-Farah Ilyana Hairuddin (Pembentang Ketas Kerja -Pingat Emas)

2.Invention, Innovation and Design Exposition (IIDEX), UiTM Shah Alam.

– Farah Ilyana Hairuddin (Pembentang Video -Pingat Perak)

– Intan Noor Aifatika Norfildaos (Pembentang Video -Pingat Gangsa)

3.International Information Management Online Showcase (IIMOS), UiTM Kelantan.

-Muhammad Faeezwan Omar (Pembentang Video -Anugerah Khas 5 Terbaik)

– Muhammad Faeezwan Omar (Pembentang Video -Pingat Emas)

4.The 5th International Built Environment Undergraduate Research Competition (BEURC), UM Malaysia.

– Wan Hairi Wan Mahsin & Muhammad Faeezwan Omar (Pembentang Poster – Pingat Perak)

– Nur Nasriah Nabilah Mohd Nasri (Pembentang Ketas Kerja -Pingat Perak)

– Stephanie Anak Ambrose Umban (Pembentang Poster – Pingat Gangsa)

– Ahmad Fitri Baharuddin (Pembentang Poster – Pingat Gangsa)

– Andrea Oliver Enos (Pembentang Poster – Pingat Gangsa)

5.12thRoyal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) International Surveying Conference (ISCU) for Undergraduates (GLS).

– Muizzuddin Muhammad (Kertas Penyelidikan Terbaik- Pingat Gangsa)

– Nadiatul Syahirah Rosli (Pembentang Ketas Kerja -Sijil Khas)

6.The 9th International Innovation, Invention & Design Competition (INDES2020), UiTM Perak.

-Sakinah Anisah Khairulannuar (Persembahan Video-Pingat Emas)

– Mohd Fdzil Bin Abdul Rashid & Khalilah Hassan (Sijil Khas-Ahli)

7.International Conference on Recent Advances in Engineering, Computing and Applied  Sciences (RAECAS), Computational Intelligence Resources and UiTM.

-Nur Syaidatul Syuhada Ahmad (Kertas Kerja Terbaik-Penulis Bersama)

8.The International Virtual Educational Invention, Innovation, and Design Competition 2020 (iVEDIIC2020), UiTM Puncak Alam

-Daniel Abdul Halim (Pembentang Video -Pingat Gangsa)

9.3rd Digitalized International Invention, Innovation and Design Johor (DIIID JOHOR 2020)

– Azri Mat Saad & Muhammad Afiq Hassan (Pingat Gangsa-Ahli)

Muhammad Faeezwan dan Farah Ilyana yang merupakan pemyumbang terbanyak anugerah pada tahun 2020 ini telah berkongsi tips kejayaan mereka dengan bersetuju bahawa pencapaian ini adalah hasil dari kerja keras mereka disamping menanam sifat disiplin diri yang tinggi dan jangan cepat berputus asa. Menurut pelajar ini lagi, mereka sentiasa memastikan setiap laporan kemajuan disertasi dilakukan sebaik mungkin dan disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan supaya penyelia dapat melakukan semakan dan membantu untuk meningkatkan kualiti penyelidikan yang dijalankan. Muhammad Faeezwan berpendapat, hasil kajian yang terbaik adalah ianya telah memenuhi keperluan atau kehendak bakal pengguna.

Tambah Farah Ilyana yang turut akan menghasilkan jurnal berindeks bertajuk Malaysian 3D Strata Augmented Reality, menyarankan supaya pelajar perlu mengenalpasti tema penyelidikan yang diminati dan mengadaptasikan teknologi baru dalam kajian, khusunya dalam slide pembentangan selari dengan peredaran zaman yang menuntut elemen futuristik dan novelti tinggi. “Bagi setiap pertandingan yang saya sertai, saya akan tetapkan niat, misi dan corak pemikiran yang positif dengan harapan, penyelidikan yang dijalankan dapat dibaca umum, sekaligus masyarakat memperolehi manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan itu” tips mudah daripada Farah Ilyana sebelum mengakhiri sesi temubual.

Menurut Ketua PPSUG, Sr Gs Dr Khairul Nizam Tahar, kejayaan ini membuktikan bahawa hasil projek disertasi para pelajar beserta isi kandungan silibus kursus Alam Bina ini mempunyai kualiti tersendiri disamping komitmen yang tinggi diberikan oleh para pensyarah.  Kenyataan ini juga disokong oleh Koordinator Inovasi dan Penyelidikan, Gs Dr Abdul Rauf Abdul Rasam yang menyatakan bahawa pencapaian yang membanggakan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada penyelia dan pelajar walaupun komunikasi banyak dilakukan secara maya. Dr Abdul Rauf yang turut menyumbang 9 anugerah bersama pelajar-pelajar beliau berharap pencapaian ini dapat diteruskan dan memberikan semangat kepada warga pusat pengajian dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, secara tidak langsung meningkatkan ketampakan PPSUG dan UiTM di mata dunia.

1
0