Pelajar – Pelajar daripada Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Cawangan Pahang Menyertai Ekspedisi Kayak 66 Tahun Merdeka, UiTM Pantai Timur

UiTM Cawangan Terengganu menerusi Unit Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan Pelajar dan Kelab EXREC telah menganjurkan Ekspedisi Kayak 66 Tahun Merdeka, UiTM Pantai Timur bermula 21 Ogos 2023 sehingga 23 Ogos 2023 bertempat di Pulau Kapas, Marang, Terengganu Darul Iman.

Seramai 66 peserta terdiri daripada pelajar – pelajar UiTM Terengganu, Pahang dan Kelantan telah menyertai ekspedisi ini yang bermula dan tamat di Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang sehingga ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Agensi – agensi lain yang turut serta menjayakan ekspedisi ini terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Marang dan Kuala Terenggau, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Taman Laut dan Konservasi Terengganu serta Majlis Daerah Marang.

Tujuan dan objektif ekspedisi adalah untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kebangsaan 2023 serta meningkatkan lagi semangat patriotisme di dalam kalangan pelajar – pelajar UiTM khususnya. Pelbagai aktiviti diadakan sempena program tiga hari di Pulau Kapas, Marang, Terengganu itu antaranya berkayak mengeliling pulau, gotong royong membersih sepanjang pantai pulau, selam paras permukaan, sukaneka pantai dan persembahan kumpulan bertemakan sambutan bulan kemerdekaan.

Penulis – Dr. Mohd Zulkhairi Bin Mohd Azam, Kalam Azad Bin Isa, Dr. Mohd Shariman Bin Shafie, Mohd Hanifa Bin Sariman