Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan Kelantan

 

 

Kelantan: Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kelantan (MSNK) telah mengajurkan Kursus Pengurusan Sukan Negara (KPSK) Tahap 1 bertempat di PCB Beach Resort, Kota Bahru dari 15 hingga 19 Ogos 2023. Tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan ilmiah berkaitan tadbir urus sukan sebagai panduan untuk menguruskan organisasi sukan secara berstruktur di peringkat Negeri Kelantan. MSN telah melantik dua orang pensyarah daripada Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Pahang untuk memberi bantuan kepakaran di dalam bidang pengurusan sukan.

Seramai 41 peserta yang terdiri daripada wakil persatuan sukan, pegawai sukan dari kelab-kelab sukan, persatuan, universiti, kolej dan agensi kerajaan daripada negeri Pahang telah hadir ke kursus tersebut. Turut hadir Mantan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Ibni Amin Busu sebagai panel penilai KPSK.