Pelajar OKU Menerima Tawaran Masuk UiTM Dapat Perhatian MAINJ

SEGAMAT, 18 Oktober 2023, satu majlis ringkas penyerahan bantuan perubatan dan pendidikan diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Majlis penyerahan bantuan perubatan (kerusi roda elektrik) dan bantuan kewangan pendidikan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zakuan bin Ghazali, Penolong Pengarah Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama delegasi disambut oleh Profesor Madya Dr. Saunah binti Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor.

Penerima kurusi roda pelajar OKU Muhammad Aniq Haikal bin Mohd Halil Husairi yang mesra di panggil Aniq berasal dari Kota Tinggi. Beliau menerima ujian sakit saraf tersumbat dan jangkitan kuman akhirya tidak berupaya untuk berjalan. Bantuan daripada pihak MAINJ dapat menggembirakan pelajar tersebut untuk terus berjuang menuntut ilmu.

Kerusi roda elektrik dapat membantu Aniq untuk berulang-alik ke kelas di aras bawah dan menguruskan diri. Malah pada majlis tersebut tetamu terkejut melihat Aniq boleh mendaki bukit tanpa bantuan sesiapa hanya dengan berkerusi roda elektrik untuk hadir membuat penggambaran bersama MAINJ. Menurutnya lagi, beliau juga dapat memperoleh bantuan bekalan susu untuk tulang, katil dan alatan fesio lutut. Beliau amat berterima kasih kepada pembayar zakat dan turut mendoakan pembayar zakat.

Bukan suatu yang mudah berpeluang masuk ke universiti dengan ribuan pelajar pada masa kini. Tambahan pula berjaya bersaiang dengan pelajar normal untuk masuk universiti atas kelayakan yang dimiliki tanpa rayuan.

Daya usaha dan upaya ini dapat memberikan rangsangan kepada beliau sendiri untuk memperjuangkan diri belajar seperti manusia normal yang lain. Situasi ini diharapkan menjadi contoh dan menyuntik semangat orang lain untuk berdaya saing serta berkecimpung dalam bidang masing-masing. Ramai di luar sana OKU yang kini memperoleh ijazah.

Pelbagai pihak perlu memberikan sokongan fizikal dan moral agar membantu pelajar OKU. Mungkin ramai beranggapan peluang pekerjaan dan masa hadapan OKU adalah sukar, namun sebagai insan yang sangat empati, wajarlah mereka dilayan sebagai suatu sikap insani serta memberikan peluang kepada mereka untuk menjalani nikmat kehidupan seperti orang lain dan diberikan peluang pekerjaan.