Pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman UiTM Perak Memukau Persembahan dengan Pengunaan Teknologi Virtual Reality

1 Febuari 2024 – Pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman ,Kolej Alam Bina UiTM Cawangan Perak  dengan kreativiti luar biasa daripada 23 pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman tidak hanya memaparkan bakat seni mereka tetapi juga merangkumi teknologi moden untuk mencipta pengalaman dalam persembahan kerja  yang sungguh unik.

Penggunaan canggih teknologi seperti Virtual Reality dan Augmented Reality telah memberikan sentuhan futuristik kepada persembahan mereka. Ini bukan lagi sekadar rekabentuk, tetapi pengembaraan visual yang  mengasyikkan dengan pengunaan teknologi terkini.

Dengan tema “Tahun Melawat Perak,” para pelajar menerokai elemen-elemen warisan negeri Perak dengan penuh semangat. Penggunaan labu sayung, tarian dabus, Puteri Perak, tuntung, dan elemen-elemen lain menjadi kayu ukur kreativiti mereka.

Persembahan ini bukan sahaja memaparkan hasil karya yang memukau, tetapi juga memberikan pandangan mendalam kepada peno tentang kekayaan warisan dan identiti negeri Perak. Mereka tidak hanya merayakan tradisi, tetapi menghidupkannya kembali dengan sentuhan moden yang memukau.

Dengan mengintegrasikan teknologi moden dengan warisan budaya, pelajar-pelajar ini tidak hanya menjadi pencipta trend tetapi juga peneroka masa depan. Penggunaan virtual reality bukan sekadar persembahan, tetapi satu langkah ke hadapan dalam mendidik masyarakat tentang keindahan seni dan budaya melalui lensa teknologi. Inilah inovasi yang meletakkan UiTM Perak sebagai pusat penghasilan bakat kreatif yang menggemparkan.