Paradigma Seni Kayu : Program Kolabrasi UiTM Cawangan Perak & UiTM Cawangan Pahang

JENGKA, 27 Jun 2023 – Seramai 15 orang pensyarah deligasi dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah berkunjung ke Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka untuk Program Paradigma Seni Kayu: Kerjasama antara UiTM Perak & UiTM Pahang pada 24 hingga 27 Jun 2023. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan peluang-peluang kerjasama yang lebih erat dari aspek perlaksanaan program, kaedah pengajaran dan pembelajaran, dan menyertai pertandingan inovasi yang melibatkan seni perkayuan. Selain itu, objektif program ini diadakan juga adalah untuk berkongsi kemahiran dan kepakaran di antara beberapa bidang yang berbeza supaya dapat disatukan dalam menghasilkan program dan penyelidikan berimpak tinggi. Melalui jalinan kerjasama ini, produk-produk bernilai komersial dan berdaya saing dapat dihasilkan.

Program ini telah berlangsung selama 4 hari yang disertai oleh Prof. Madya. Dr. Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Perak), Prof. Madya. Dr. Muhamad Abdul Aziz Ab Gani (Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Perak), Ketua Program Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie (University-Industry Centre, Pejabat Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Cawangan Perak), En. Asharaf Rahaman (University-Industry Center), Dr. Aznan Omar (Ketua Pusat Pengajian Seni Kreatif UiTM Perak), Dr. Mohd Nasiruddin Abd Aziz dan En. Junid Syazji Basharudin (Jabatan Seni Reka Grafik), Dr. Ishak Ramli (Jabatan Seni Halus), En.Muh Sarip Abd Rahman dan En. Nizar Nazrin (Jabatan Asas Seni), En. Mohd Saleh Abdul Wahab (Jabatan Seramik), En. Muhammad Khalik Mustafa (Jabatan Fesyen), En. Mohammad Firdaus Azman (Jabatan Fotografi), Ts. Nazrul Helmy Jamaluddin dan Dr. Afzanizam Muhammad (Jabatan Hiasan Dalaman). Manakala dari Pusat Pengajian Industri Perkayuan (PPIP) UiTM Pahang disertai Prof Dr Wan Mohd Nazri Wan Abdul Rahman (Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Pahang), Pn Norhafizah Rosman (Ketua Pusat Pengajian), PM Ts. Dr Nurul Husna Mohd Hassan dan En Amran Shafie (Pulpa & Kertas), Dr. Siti Zalifah Mahmud dan Pn Nur Hannani Abdul Latif (Pembuatan Perabot), Ts. Dr Siti Noorbaini Sarmin (Komposit Bahan), Dr Nurrohana Ahmad dan Dr Lee Seng Hua (Komposit Kayu), Dr Noorshashillawati Azura Mohammad (Komposit Nano), Ts. Ahmad Fauzi Awang (Pemesinan Kayu), Ts. Junaiza Ahmad Zaki (Anatomi Kayu & Sifat Kayu), En Nik Hazlan Nik Hashim (Pengurusan Sumber Hutan), Cik Mazlin Kusin (Dendrologi), Pn Zaimatul Aqmar Abdullah (Adhesive & Adhesion), Pn Ainul Munirah Abdul Jalil (Lukisan Teknikal), Dr Yusri Helmi Muhammad (Sains Bahan).

Pada hari kedua program, para pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif telah berpengalaman dan diberi penerangan mengenai jenis-jenis tumbuhan dan mengenali karakter kayu di Hutan Pembelajaran UiTM Pahang. Para pensyarah dari UiTM Perak berpeluang menimba ilmu mengenai tumbuhan dan perkayuan terutamanya yang berpotensi untuk dijadikan sebagai reka bentuk perabot, hiasan dalaman, seni arca, dan produk inovasi. Pelbagai idea dapat dijana dan kongsi dalam program hari kedua ini. Para pensyarah dari UiTM Perak juga berpeluang untuk melawat bengkel-bengkel pemprosesan dan pembuatan kayu di PPIP UiTM Pahang.

Seterusnya, pada hari ketiga satu sesi perjumpaan bersama 17 orang pensyarah dari PPIP UiTM Pahang dan UiTM Perak di adakan bagi membincangkan hala tuju program kolabrasi antara cawangan yang akan melibatkan pelajar-pelajar. Acara telah dimulakan dengan ucapan dari Timbalan Rektor HEA UiTM Pahang, Tim.Rektor PJi UiTM Pahang, dan Rektor UiTM Perak. Acara di teruskan dengan sesi perbincangan diantara semua pensyarah yang hadir. perbincangan ini menjurus kepada penetapan tema, konsep, mood board, dan gerak kerja. Perbincangan ini berfokus kepada pembahagian kumpulan pelajar, penglibatan pelajar yang bersesuaian dengan kod subjek, dan penetapan jadual kerja selama 14 minggu. Penetapan perancangan pembelajaran dibuat setelah semua ahli bersetuju dan akan dilanjutkan pada perlaksanaan program akan datang.

Melalui perbincangan yang dijalankan, program ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dari aspek menganjuran program kolabrasi di antara cawangan. program ini juga secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Setiap pelajar terlibat akan memperolehi nilai tambah yang baik dalm kerja secara berkumpulan dan memperolehi pengalaman dari bidang yang berbeza sebagai nilai tambahan selepas bergraduan. Selain itu, program ini juga dilihat mampu memberi sumbangan kepada industri seni reka dan industri perkayuan negara khususnya UiTM, dan mampu menarik minat pemain-pemain industri untuk terus berkerjasama dengan UiTM. Program ini juga dilihat mampu membuka peluang-peluang perkerjaan di dalam bidang terutama graduan dari UiTM sendiri.