MESYUARAT KETUA-KETUA UNIT BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR UiTM CAWANGAN PAHANG KAMPUS JENGKA DAN RAUB MEMBINCANGKAN TENTANG PENCAPAIAN KPI

Mesyuarat Ketua-Ketua Unit Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dari Kampus Jengka dan Raub telah diadakan pada 12 Jun 2023 di Bilik Serbaguna Tun Teja UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh YBrs Dr Haji Mohd Kamal Azman bin Jusoh, Timbalan Rektor HEP telah membincangkan tentang perancangan dan pencapaian terkini setiap unit dalam memenuhi KPI masing-masing.

Terdapat 7 unit dalam BHEP ini iaitu:
1. Unit Pentadbiran Am
2. Unit Kerjaya & Kaunseling
3. Unit Kesihatan
4. Unit Sukan
5. Unit Kepimpinan Pelajar
6. Unit Kebudayaan
7. Unit IMPAK

Setiap unit telah menjalankan aktiviti dengan baik dan akan meneruskan aktiviti seterusnya sehingga hujung tahun ini. Untuk mencapai KPI HEP.

YBrs Timbalan Rektor HEP amat berpuashati dengan semua pencapaian dan sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang seterusnya.

Semoga semua warga mahasiswa mendapat manfaat yang terbaik dalam semua segi seperti kepimpinan, ko kurikulum, kesukanan, kesihatan, kesejahteraan kediaman kolej , kebudayaan ,kaunseling dan kerjaya. En Mohd Risham bin Jaafar selaku Felo IMPAk yang hadir dalam mesyuarat ini telah melaporkan tentang mesyuarat ini.