PAMERAN SENI VISUAL ALS630

SHAH ALAM, 24 Julai 2023 – Pameran Seni Visual yang telah berlangsung di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ) pada 13 Julai 2023 merupakan program yang telah mendapat perhatian mahasiswa dan pensyarah Akademi Pengajian Bahasa (APB). Projek ini telah dirancang dan dijalankan dengan penuh komited dan dedikasi oleh pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan (Kep.) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional (LG240) sebagai salah satu keperluan dalam subjek ALS630: Advanced Reading.

Pameran ini merupakan salah satu platform perkongsian ilmu mengenai pelbagai topik dalam pengajian bahasa gunaan. Para pelajar telah berjaya memperlihatkan kemahiran seni mereka melalui poster yang telah dihasilkan dan kemahiran komunikasi melalui interaksi bersama para pengunjung.

Semangat dan dedikasi para pelajar semester 5 untuk melibatkan diri dalam Pameran Seni Visual ini akan menjadi salah satu contoh dan inspirasi kepada golongan pelajar semester 5 yang akan datang. Pihak GESTURZ dan APB berharap agar pameran ini dapat mengukuhkan pemahaman dan penghayatan ilmu dalam bidang pengajian bahasa gunaan.