Pameran Seni Antarabangsa Pelbagai Negara: International Art Exhibition and Cultural Exchange (MAIBlEX) Dhaka, Bangladesh

DHAKA, 2 November 2023 – Pameran Seni ‘International Art Exhibition and Cultural Exchange (MAIBlEX)’ yang telah berlangsung pada 2 -5 November 2023 di Zainul Gallery, Fakulti Seni Halus Universiti Dhaka, Bangladesh ini telah dianjurkan bagi meraikan hasil-hasil karya seni dari pelbagai negara terutamanya dari Malaysia, Indonesia, dan Bangladesh.

Pameran seni MAIBEX ini telah dirasmikan pada 2 November 2023 dan dihadiri oleh Professor Dr. Md. Akhtaruzzaman, Vice Chancellor University Of Dhaka, Heru H Subolo (Kedutaan Indonesia), Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Perak), Dr. Supriatna (Timbalan Rektor Institut Seni Budaya Bandung), Professor Dr. Vadreshu Rita (Chairman Department of Graphic Design University of Dhaka), dan deligasi dari UiTM Perak Prof. Madya. Dr. Muhammad Abdul Aziz Ab Gani (Timb. Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni UiTM Perak), Dr. Mohd Khairulnizam Ramlie, Sr.Dr.lrwan Mohammad Ali, Dr. Aznan Omar, Ashraf Abd Rahaman, dan Muh Sarip Abd Rahman. Manakala deligasi dari Institut Seni Dan Budaya di wakili oleh Dr. Supriatna (Prie), Dr. Gustiyan Rachmadi, dan Dr. Mohammad Zaini Alif. Ucapan perasmian telah di sempurnakan oleh Prof. Dr. Md. Akhtaruzzaman (Naib Canselor Universiti Dhaka). Seterusnya semua deligasi dan tetamu di jemput untuk menyaksikan pemeran di Zainul Gallery Universiti Dhaka.

Objektif pameran ini bertujuan untuk merancakkan aktivti dalam hubungan pelbagai hala antara Malaysia, Indonesia, dan Bangladesh. Dalam pameran kali ini sebanyak 50 hasil karya telah dipamerkan dari 3 buah negara terlibat. Pameran ini menyaksikan pelbagai karya seni dari pelbagai displin termasuklah dari bidang seni halus, fotografi, grafik, seramik, dan fesyen di mana kurator pameran adalah Md. Harun ar Rashid Tutul dari Universiti Dhaka.

Bagi pihak penganjur dan peserta, pameran seni bertaraf antarabangsa seperti ini diharap boleh diteruskan pada setiap tahun di pelbagai negara untuk berkerjasama. Pihak UiTM Cawangan Perak merakamkan jutaan terima kasih atas penganjuran ini yang telah diusahakan oleh pensyarah-pensyarah dari Universiti Dhaka.

Pautan berita penuh dari Dhaka News: https://www.newagebd.net/article/216745/harmony-unbounded-promotes-cultural-diversity