Pameran Seni Antarabangsa Memartabatkan Hubungan Pelbagai Negara

BANDUNG, 29 Ogos 2023 – Pameran Seni ‘Document The Atmosphere’ yang telah berlangsung di Humanika Artspace, Bandung Indonesia ini telah dianjurkan sebagai acara tahunan Asia International Community of Art & Design (AICAD) bagi meraikan hasil-hasil karya seni dari pelbagai negara.

Pada malam yang dihadiri oleh peserta dua negara ini, bacaan doa dimulakan oleh Dr Ishak Ramli dan acara perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr Andang sebagai pengurus Humanika Artspace, Prof Madya Dr Muhamad Abdul Aziz Ab Gani (Presiden AICAD), dan Prof Madya Dr Nur Hisham Ibrahim (Rektor UiTM Cawangan Perak). Ucapan dan Perasmian pameran ‘Document The Atmosphere’ ini pula telah disempurnakan oleh Professor Dr. Mohamad Hariri Hj. Abdullah (Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni) sebagai tetamu kehormat.

Selain untuk meraikan hasil karya dari pelbagai negara, pameran ini juga diadakan untuk merancakkan aktiviti dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Dalam pameran kali ini sebanyak 100 hasil karya telah dipamerkan dari 20 negara dan seramai 50 orang pensyarah dari kolej pengajian seni kreatif UiTM Perak telah terlibat. Pameran ini menyaksikan pelbagai karya seni dari pelbagai displin termasuklah dari bidang seni halus, fotografi, grafik, seramik, dan fesyen di mana kurator pameran adalah Mohamad Hafiz Yahya dari UiTM Perak.

Pameran seni seperti ini diharapkan akan terus dijalankan pada setiap tahun bagi merancakkan budaya seni dipelbagai negara. Menghargai setiap hasil seni dan memartabatkan seni di rantau asia dan dunia.